« Harian Metro 10 Jan 2005 | HomePage | Harian Metro - 8 June 2005 »

01/11/2006

Harian Metro 10 Jan 2005

Edisi KL : SI BIADAP senda KORBAN
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

>> Originally posted at Harian Metro

KUALA LUMPUR: Segelintir remaja yang dipercayai taksub terhadap muzik liar, bertindak biadab apabila menyamakan ibadat suci korban dan penyembelihan haiwan sempena Aidiladha di beberapa masjid utama dengan upacara pemujaan dilakukan pengikut Black Metal.

Kepercayaan yang nyata menyesatkan itu disebarkan menerusi e-mel oleh individu yang mungkin tidak puas hati selepas Harian Metro mendedahkan penahanan 380 remaja awal 20-an yang menyertai satu konsert haram sempena sambutan malam tahun baru lalu.

Ketika ditahan di sebuah premis di Jalan Klang Lama, di sini, semua remaja disyaki pengikut kumpulan rock termasuk hampir 100 wanita berpakaian serba hitam, ditahan manakala lapan daripada mereka disahkan positif dadah.

Perbuatan keji itu dikesan selepas Harian Metro menerima lebih 10 e-mel daripada beberapa individu tidak dikenali sejak lima hari lalu, termasuk seorang daripada mereka yang mempersendakan ibadah korban itu.

Antara kandungan e-mel dikirim bertulis, “saya dapat maklumat risikan yang menunjukkan bahawa ada sekumpulan orang memakai jubah (mungkin ada yang hitam) akan mengadakan upacara sembelihan kambing (mungkin ada yang hitam) dan kemungkinan juga lembu (mungkin ada yang hitam) dan unta (biasanya kelabu - hampir hitam) pada Selasa, 10 Januari 2006.”

Kandungan e-mel berkenaan secara jelas turut memberitahu bahawa upacara sembelihan itu akan diadakan di dua masjid utama iaitu di Masjid Shah Alam dan Masjid Negara.

Jika diteliti, mesej e-mel berkenaan menunjukkan `upacara sembelihan’ yang dimaksudkan terbabit adalah majlis penyembelihan binatang korban sempena Aidiladha manakala individu yang memakai jubah merujuk kepada jemaah masjid yang menjalankan ibadat terbabit.

Selain itu, mesej e-mel terbabit mendakwa kumpulan individu berjubah (jemaah masjid) berkenaan tidak mempunyai permit atau lesen untuk berkumpul.

Sementara itu, Koordinator Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin menyifatkan penyebaran e-mel terbabit sebagai melampau dan amat biadab.

“Individu yang menyebarkan e-mel terbabit jelas berada dalam kekufuran selain menjadikan kehidupannya dilaknat berikutan akidahnya terpesong daripada agama Islam,” katanya.

Menurutnya, perbuatan itu jelas mempermainkan dan menghina suruhan Allah swt.

Mengulas minat remaja kini yang lebih taksub kepada muzik ‘keras’ berbanding penekanan ilmu agama, beliau menganggap krisis akidah kini kian parah.

19:55 Posted in Harian Metro | Permalink | Comments (2) | Email this

Comments

Sorry, but just how many tested positive? I've heard between four and, now, eight...

And how come there were now 'almost 100' women? Why is that important? Incidentally, an earlier HM story seems to think *all* those arrested were Malay... La la.

Posted by: Sonia | 01/12/2006

"Menurutnya, perbuatan itu jelas mempermainkan dan menghina suruhan Allah swt."

One would figure god/any supreme being would have a much more sophisticated sense of humor than Harian Metro or the PPIM guys.

Posted by: Jean Luc Picard | 01/13/2006