« From Screenshots | HomePage | The Star (letter)- 16 Jan 2006 »

01/15/2006

BHarian - 15 Jan 2006

Link here.

30 remaja berkumpul bantah laporan media


KUALA LUMPUR: Sekumpulan 30 remaja berkumpul hampir 45 minit di hadapan Balai Berita The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), di Jalan Riong, di sini, malam tadi bagi menyuarakan rasa tidak puas hati dengan ketidakadilan media.

Kumpulan remaja berkenaan yang kebanyakannya berpakaian serba gelap menyalakan lilin sambil memegang poster dan menyuarakan bantahan terutama terhadap laporan media yang dikatakan sering tidak adil dan suka membuat kesimpulan melulu terutama berhubung isu ‘Black Metal’.

Turut sama adalah seorang lelaki dan wanita dipercayai berbangsa Eropah

Jurucakap kumpulan terbabit yang enggan disiarkan namanya, berkata perhimpunan hanya sekadar menyuarakan rasa tidak puas hati dengan laporan media selain kepupusan kebenaran dalam diri pengamal media.

Kumpulan remaja terbabit turut mempersoalkan isu penahanan sekumpulan remaja pada malam tahun baru lalu, serta laporan media yang seolah-olah menghukum mereka sebagai rosak akhlak dan menggunakan isu berkenaan untuk melariskan jualan akhbar.

Difahamkan, kumpulan berkenaan adalah antara 388 remaja yang ditahan di Paul’s Place, Jalan Klang Lama, kerana menyertai konsert haram sempena sambutan tahun baru.

Bagaimanapun kumpulan remaja berkenaan yang berada di situ sejak jam sembilan malam bersurai selepas anggota polis tiba.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata pihaknya menghantar anggota untuk memantau keadaan.

20:51 Posted in Berita Harian | Permalink | Comments (1) | Email this

Comments

boleh blah black metal.white la cket

Posted by: ikan yu | 01/24/2006