« The Star - 24 Jan 2006 | HomePage | The Sun - 24 Jan 2006 »

01/24/2006

Harian Metro - 24 Jan 2006

Link here.

(Lucky,lucky us!)

Edisi Nasional: HM lapor sejak 2001


KEGIATAN tidak bermoral, membelakangkan nilai agama dan budaya di kalangan pengikut kumpulan Black Metal sudah sampai ke kemuncaknya apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan untuk mengharamkan ajaran songsang terbabit.

Harian Metro yang sering memaparkan kemungkaran penganut ajaran itu sejak 2001 antara lain mengoyak Al-Quran, berzina di atas helaian kitab suci yang dikoyak itu dan menyembah syaitan, berjaya membuka mata masyarakat, terutama ulama dan pemimpin kerajaan.

Walaupun sering dikeji penganutnya yang taksub, akhbar ini tetap tidak berganjak demi memastikan nasib anak bangsa terbela.

KES 1: 15 JUN 2001

SUNGAI PETANI: Sekumpulan remaja yang menggelarkan diri mereka `Black Metal’ membuat kacau-bilau dengan menjadikan kompleks beli-belah di sekitar bandar ini sebagai sasaran.

Kumpulan yang selalu berpakaian serba hitam dan pelbagai aksesori ganas itu juga dikatakan suka menunjuk-nunjuk kehebatan mereka, termasuk mengoyak al-Quran bagi membuktikan mereka luar biasa dan ganas.

KES 2: 24 JULAI 2001

ALOR STAR: Sebuah kumpulan Black Metal menamakan diri mereka `We Are Satan’ (Kamilah Syaitan) menjadikan sebuah tanah perkuburan, di sini, sebagai tempat melaksanakan ikrar murtad dan menjadi rakan Iblis.

Dalam majlis di tanah perkuburan bukan Islam di Jalan Langgar itu, kumpulan terbabit terdiri daripada pelajar sekolah sekitar bandar itu melaksanakan lima rukun kumpulan mereka selain sering menonton cakera padat video (VCD) lucah bersama dan kemudian mengadakan`pesta seks’.

KES 3: 26 JULAI 2001

KUALA TERENGGANU: Sekumpulan remaja anggota Black Metal di pinggir bandar ini menggunakan Kitab Injil Lukas yang diterjemahkan ke bahasa Melayu bagi memudahkan ahli kumpulan terbabit memahami isi kandungannya.

Kitab Injil Lukas yang dicetak di Windsor, Ontario, Kanada pada 1932 itu bersaiz sembilan sentimeter lebar x 13 sentimeter panjang berwarna merah hati dan dikatakan kitab terbaik dalam empat kitab Injil sebelum ini.

KES 4: 1 OGOS 2001

KULIM: Seorang pelajar yang menjadi pengikut kumpulan Black Metal mengaku pernah menghadiri upacara pemujaan syaitan dan melihat sendiri bagaimana sebuah kumpulan muzik membakar al-Quran sebelum membuat persembahan di sebuah pusat hiburan di Georgetown.

Menurut pelajar itu, upacara pemujaan selalunya diadakan di kawasan hutan berdekatan sungai. Ia dihadiri sekurang-kurangnya enam orang termasuk seorang ketua. Sebelum pemujaan, lambang pentagram terbalik di dalam bulatan akan dilukis di atas tanah.

KES 5: 8 OGOS 2001

KUALA TERENGGANU: Dua pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di pinggir bandar ini dikesan mengukir tatu pada payu dara mereka sebagai tanda menyokong gaya hidup Black Metal.

Ukiran tatu bersaiz kecil itu dikesan sekumpulan guru wanita daripada Jawatankuasa Disiplin yang menjalankan pemeriksaan mengejut ke atas tubuh semua pelajar perempuan di sekolah itu.

KES 6: 6 Jun 2005

SUNGAI PETANI: Lima lelaki, termasuk seorang yang meloloskan diri dalam operasi membanteras kegiatan Black Metal beberapa tahun lalu, dikesan mendalangi kegiatan kumpulan yang dikenali sebagai ‘Jangan Ikut Tuhan (JIT)’.

Lelaki yang berjaya meloloskan diri itu dikenali sebagai Pak Cik Paku dan mereka dipercayai sedang mengumpul semula semua bekas ahli Black Metal dengan mengedarkan risalah kepada golongan itu secara sulit.

KES 7: 15 DISEMBER 2005

KUALA LUMPUR: Satu lagi kumpulan Black Metal dikenali sebagai The Red Power muncul merekrut remaja terutama di utara Semenanjung bagi mengembangkan kegiatan mereka memuja dan memuji syaitan di seluruh negara.

Kumpulan ini yang dikatakan berpusat di Sungai Petani, Kedah mempunyai ramai pengikut baru di kalangan murid dan pelajar sekolah terutama dari kawasan luar bandar menjadi anggota mereka.

KES 8: 9 JANUARI 2006

KUALA LUMPUR: Anggota Black Metal di negara ini dipercayai cuba mewujudkan ajaran mereka sendiri melalui sebuah ‘kitab’ yang mencampuradukkan beberapa ayat suci al-Quran tulisan rumi, hadis dan Injil.

Kandungan kitab Black Metal itu direka mengikut kesesuaian fahaman kumpulan berkenaan. Antara ayat suci al-Quran digunakan ialah ayat 111 surah al-Anbiyaa dan beberapa perenggan dalam kitab Injil.

KES 9: 11 JANUARI 2006

KUALA LUMPUR: Segelintir remaja yang dipercayai taksub terhadap muzik liar, bertindak biadab apabila menyamakan ibadat suci korban dan penyembelihan haiwan sempena Aidiladha di beberapa masjid utama dengan upacara pemujaan dilakukan pengikut Black Metal.

Kepercayaan yang nyata menyesatkan itu disebarkan menerusi e-mel oleh individu yang tidak puas hati dengan tindakan keras pihak berkuasa membanteras kegiatan terbabit.

10:50 Posted in Harian Metro | Permalink | Comments (0) | Email this