« H Metro - 25 Jan 2006 | HomePage | Utusan - 26 Jan 2006 »

01/25/2006

H Metro - 25 Jan 2006

Link here.

Edisi KL : Pengaruhi murid sekolah

Oleh Efindi Badarudin

KUALA LUMPUR: Kebanyakan pengikut Black Metal yang diharamkan ajarannya oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam semalam mula terbabit dengan kumpulan itu sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Berdasarkan kajian Pertubuhan Prihatin Sosial Malaysia (PPSM), mereka yang berusia 11 hingga 12 tahun pada mulanya disajikan dengan muzik Black Metal sebelum dipelawa menyertai konsertnya ketika di tingkatan satu.

Bagaimanapun, konsert yang disertai tidak sekeras konsert Black Metal sebenar yang mengamalkan pergaulan bebas dan membelakangi adat dan budaya tempatan.

Bendahari Kehormat PPSM, Kamaruddin Kassim, berkata daripada kajian yang dilakukan sejak 10 tahun lalu, kebanyakan pengikut Black Metal kini orang dewasa.

“Mereka menyertai Black Metal ketika berada di bangku sekolah, berusia antara 11 hingga 12 tahun.

“Apabila memasuki tingkatan satu mereka menyertai konsert atau `gig’ yang sederhana supaya tidak menakutkan mereka dan perlahan-lahan dipengaruhi,” katanya kepada Harian Metro.

Kelmarin, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan semua ajaran Black Metal yang anti-Tuhan dan memuja syaitan adalah haram, tetapi sekadar mendengar muziknya dibolehkan.

Mesyuarat lebih empat jam itu semalam, memutuskan kerajaan negeri mesti mewartakan keputusan muzakarah terbabit bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pengikut ajaran sesat berkenaan.

Pengerusinya, Datuk Shukor Husin, berkata pengikut ajaran berkenaan didapati menyimpang jauh daripada akidah dan ajaran Islam.

“Ini termasuk memijak al-Quran, memuja syaitan, seks bebas dan anti-Tuhan adalah terkeluar daripada ajaran Islam,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu, kelmarin.

Kamaruddin berkata, bilangan pengikut Black Metal mencecah ribuan orang yang kebanyakannya remaja.

“Jumlah sebenar kita tidak dapat kerana pihak berkuasa tidak pernah menahan mereka, namun jika tidak dibendung boleh merosakkan masa depan seseorang individu, apatah remaja Melayu” katanya

Beliau berkata, pengikut fanatik kumpulan itu kini berdiam diri seketika supaya pergerakan mereka tidak dapat dikesan pihak berkuasa sebaik mengetahui ajaran itu diharamkan.

Difahamkan, kebanyakan mereka berasal dari utara dan pantai timur semenanjung.

Menurutnya, golongan profesional daripada lepasan pelajar luar negara yang pulang ke tanah air dikesan turut menjadi pengikut fanatik Black Metal membabitkan jurutera, peguam, penganalisis dan pegawai bank.

Mereka terpengaruh dengan muzik yang mengkhayalkan itu kerana penampilan serta pergaulan pengikutnya.

Apabila balik ke tanah air, mereka membawa bersama budaya songsang berkenaa dengan mengadakan perjumpaan serta konsert tetapi tidak membabitkan pengikut tempatan yang begitu menonjol daripada segi pakaian dan tingkah laku.

“Golongan ini lebih terurus dan mereka cuma mengamalkan gaya hidup bebas serta meminati muzik Black Metal,” katanya.

Katanya, PPSM dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) bersedia menjalankan gerakan membantu pengikut Black Metal yang mahu bertaubat atau menyedari kesilapan mereka.

“Kami juga sudah menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa agama peringkat negeri bagi menangani masalah itu.

“Kami juga akan berbincang dengan pihak berkuasa mengenai tindakan yang boleh diambil.

“Sebelum ini, pihak berkuasa sukar mengenakan sebarang tindakan kerana tiada peruntukan undang-undang yang boleh digunakan bagi menahan pengikut kumpulan itu,” kata Kamaruddin.

10:59 Posted in Harian Metro | Permalink | Comments (15) | Email this

Comments

Its funny that they still refer gigs as a place where this supposed Black Metal teachings/rituals/ etc..etc takes place, where agtually a gig is just a mini concert of sorts....

I am still waiting for any evidence that the stepping/urinating/having sex on the Koran to surface...

Posted by: Daniel Yahya | 01/25/2006

You *do* realise you're going to have to be extremely patient, right?

Posted by: Sonia | 01/25/2006

The "proof" can be found in the November (or October, I forget) 2005 issue of Mastika - that bastard, er, bastion, of Malay "journalism".

By the way, since Mastika is not published (or archived) anywhere online, if someone could find the particular issue, scan the articles, and make it available online (Sonia, are u listening??), the main source of this idiocy can be viewed, read, critiqued (read: Lambasted), etc.

Many of the religious arguments made against the Black Metal (sic) 'movement' seem to make reference to this magazine (specifically the Oct/Nov 2005 issue in which the Black Metal article(s) was printed) and the so-called investigative reporting it has done on this 'problem'.

By the way, the initial report of the Fatwa Council at Utusan online attributed the beginnings of Black Metal to "Metallica in the 1970's"!! (I kid you not).
(http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm)

However, this doesn't appear in the print version, which appears online as this follow-up (http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0124&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_08.htm&arc=hive).

Posted by: Walski69 | 01/25/2006

Oh, and speaking of Mastika, the February 2006 issue has more Black Metal articles, PLUS a 5-page article on Aidil, the 16-year old poster boy of the "You-can-be-saved-from-Black-Metal" campaign.

So, I guess, there's the "proof". Hey, if it's printed in one of Utusan's publications, it must be true, right?

Oh, look... there goes Bigfoot...

Posted by: Walski69 | 01/25/2006

Yeah, yeah, I'm listening. I'll see what I can do (ie ask someone else to do it for me).

Posted by: Sonia | 01/25/2006

I read/heard about the metallica thing... nice jobs doing your research, Utusan/TV3/NSTP/RTM and the Fatwa team...

Posted by: Daniel Yahya | 01/25/2006

FARTwa

Posted by: Semper Satanus Et Mortus Deus Omnibus | 01/26/2006

i have said issues of mastika. scanning as we speak! who should i mail them to?

Posted by: geekrawk | 01/26/2006

assalammualaikum..... dah lama tak tulis ni...apa khabar agaknya saudara skrng?diharap berada di dlm keadaan yg sejahtera dan dirahmati ALLAH selalu,insyaallah..alhamdullillah saya di sini sihat.ok,sblm berbicara dgn lbh panjang,saya terlbh dulu ingin memohon maaf sekiranya saya ada terkasar bahasa dan tersalah kata.saya cuma manusia biasa,yg bisa menjadi luar biasa kalau kena cara dan gayanya...with the power of soul anything is possible... .....jemu,bosan,muak,lali,kekadang meluat dan sebarang perkataan yg sama waktu dgnnya.begitulah gambaran betapa perasaan ini dah tak tahan lagi dgn media kita yg melaporkan tentang isu black metal kita hari ini.GAWAT.....GAWAT DAN GAWAT!!!!! lagi tentang benda ni,tapi....semakin hari semakin GAWAT,GAWAT,DAN GAWAT!!!so,mari kita fikir sama2,kita fikir,yg betul dia kata salah,yg salah dia kata betul...faham maksud saya???fikirkan.... Pembongkaran di situ,pengakuan di sana dan khabar di sini,segalanya digembar-gemburkan sehabis mungkin,dikorek dan digali sedlm-dlmnya....apa ni???apa lagi pembuktian yg mahu disogokkan kpd masyarakat???pembongkaran awal "digest" sensasi tanah air yg ikhlasnya saya katakan,saya sendiri masih kabur dan samar2 akan kepastiannya.tak termasuk lagi laporan akhbar harian nasional dan media lain yg menyelitkan sama isu ini utk mensensasikan lagi(kononnya) kegawatan.apa makna dan maksud yg tersurat dan tersirat utk semua ini???maaf ya...biarlah email ini ditengah2 sifatnya,tak mahu berat sebelah pada mana2 pihak,baik yg memerintah,menyanyi,mendengar,bermuzik,atau sekadar memeriah gossip.sebenarnya begeni,seni itu tak pernah menipu,yg menipu adalah manusia itu sendiri,mudah bukan??? Antara persoalannya yg masih blm terjawab,rasanya blm statement rasmi dari pihak berkuasa atau jabatan agama islam negeri terbabit benar2 telus.masyarakat mahu penjelasan yg sejelasnya dan apakah tindakan susulannya.yg tua dgn AYAH PIN DAN NABI NUSANTARANYA,jadi jgnla kita tepuk dahi dan berkata"masyaallah ,apa nak jadi dgn anak bangsa aku ni?pijak,kencing,koyak,bakar dan berzina atas AL-QURAN,astagfirullahalazim..." peruntukan undang2,pemujaan terhadap sesuatu spt pantai,kubur,pokok,hutan bukit dll,yg bercanggah dgn syarak,adalah melakukan kesalahan dan jika disabitkan,blh didenda tdk melebihi rm1000 dan penjara tdk lbh 2 tahun atau kedua2nya sekali,kalau tak salah saya la.sesiapa yg mempersenda,mencela,mengejek atau menghina dgn kata2 atau perbuatan ayat al quran atau hadith adalah melakukan satu kesalahan yg blh didenda tdk lebih rm 5000 atau penjara tdk lbh 3 tahun atau kedua2nya sekali.ringan sgt kot?org masih mampu.bkn mempersenda atau apa,cuma kajian perlu dilakukan segera utk 10 atau 20 tahun akan datang.jgn pula kita semakin rungsing slps ini jika AYAH DAN KERAJAAN LAUT pula timbul ke bumi atau ada yg minum darah lembu hitam pula,betul saudara? saya tidak nafikan kewujudan puak sewel ini di luar sana,dari mana dtngnya fahaman sebodoh itu saya tak tahu,mungkin barat.tetapi,barat mcm dok tau la kan....tiada penafian utk itu,cuma masyarakat masih kabur tentang genre2 muzik sebegini.yg sedihnya ada segelintik media kita yg menghentam kelompok metal ini tanpa mrk sedar yg kumpulan AMUK,LINKIN PARK dan sbgnya itu juga adalah dari kelompok metal...kesian juga....tapi teramatlah mustahil utk menjelaskan satu persatu susur galur muzik metal ini pada mrk kan?kan kan kan?? ok,apa itu muzik?saudara faham apa itu muzk?bkn la nak kata saya ni pandai sngt,tapi kita ni faham benarkah dgn apa yg dikatakan muzik itu?saya rasa sesetengah penulis langsung tak tau membezakan bagaimana bunyi yg sebenarnya yg dikatakan black metal.jgnlah ditanya beza thrash,speed metal,gothic,heavy metal,death metal grindcore dll,confirm fail...barangkali beza zapin dan keroncong pun tak tau.satu lagi yg saya lihat,mentaliti org kita ini yg terlalu taksub dgn laporan sebegini.meriahnya gembar-gembur media tanpa modal.seumpama kronologi penyakit media seMALAYA kalau kita perhatikan.jika heboh kes datuk rogol cucunya,maka sana sini media kita melalut mencari gali cerita begini.makin berwarna-warnilah kisah org kita rogol-merogol.betapa taksubnya gambaran mrk tentang meriahnya kes rogol-merogol di malaysia ku yg tercinta.jika kecoh org jumpa org minyak,maka dari perlis hingga sabahlah meningkatnya populariti org minyak itu,luculah...lucu tahap kronik dan kritikal lantaran betapa rakusnya mencatat untung jualan.mcm cerita bigfoot atau org mawas atau sasquatch heboh diperkatakan sana sini,sms rogol,serambi maksiat dan mcm2 lagi,lagi panas al-kisahnya...lbh kencanglah angka jualannya.modal org kita,mental masyarakat kita,itu statementnya.mudah bukan saudara? moralnya disini,mengapakah media kita ni menutup periuk nasi org lain utk memenuhkan kaah sendiri yg saya rasa dah tak termakan?mcm org yg dituduh khalat pun,hendaklah ada bersamanya 4 org saksi sah dan tidak diragui tuduhannya.jika kita sendiri,menulis tanpa bukti,saksi kabur dan lemah fakta dan pembuktiannya,maka itu satu penganiayaan utk kelompok lain yg tdk terlibat sama.senang bkn saudara???jika tepat dan benar laporannya tak mengapa.hakikatnya....kesilapan fakta itu sendiri yg mengaburkan mata2 memerhati di luar sana.maka dgn sendirinya hangatlah forum petang mak bedah,mak senah,mak bee,dan makcik2 lain dgn isu ini.penuhlah arung kopi pak man dgn sesi pidato pak ali,pak abu,dan pakcik2 lain yg cuma kenal pop yeh2 dan ago-go,mungkin juga mawi... jgn dicabar org yg memang di bidangnya,itulah jadinya kalau kita lihat skrng.habis semua gig disabotaj secara,bolehlah dikatakan kejam juga dgn fitnah rekaan media.band2 grunge,rock,hingga yg core,asal berbaju hitam shj dilabel black metal,asal muzik itu bingit dan bising,black metal.apa ni??apa muzik kat disko tu tak bingit ka,tak bising ka??yg kesiannya,sampai pak haji kita pun gementar jugalah nak pakai jubah hitam,takut dikatanya ketua kumpulan black metal.jika itulah tujuan dan motif awalnya,maka penulisan sebegini rupa dan wajah bisa kita gelarkan sbg fitnah.siapa nak jawab kes sebegini rupa dan wajah?org bacul shj yg lempar batu sembunyi tangan.kalau saudara nak tahu,ada org yg tak blh tidur kepeningan aktu mereka2(media)ni berbuih mimpi kekenyangan.bangunlah!!get up!!!mana benar dan sahihnya tuduhan tuan2 semua?itupun..kalau tuan bijak bistari,dan berani...maaf kalau bahasa saya agak kasar ya saudara,maaf,utk seketika,hilang kawalan diri,saya hanya manusia biasa,normal.... sebenarnya semak dan serabut juga kepala saya kebelakangan ni dek krn kegemparan isu ni la..kerana apa?kerana tiada penangkapan,walau satu atas sabit kesalahan sbg penganut ajaran karut ni.pelik bukan?pelik memang pelik,tapi itulah "REALITINYA".persoalan saya yg masih blm terjawab,dimana pakcik paku,pakcik hammer,paksik tukul,dan entah apa lagi pakcik?mana diaorang pergi?tiada penangkapan,langsung tiada.jgn kata kita tak ada undang2.mana tangkapan,mana sensasi yg digembar-gemburkan?beri gambar,namakan lokasi,buat laporan,takkanlah polis berdiam?rasanya isu ni dah jadi perbahasan mufti dan berbangkit di parlimen,mustahil juga tiada usaha ke arah itu.MALAYSIA menanti-nanti anak siapalah yg bertuah...yg bakal terpilih utk menyempurnakan pembongkaran demi pembongkaran media kita.satu shj,jgnlah kita mencanang benda yg kita sendiri kurang pasti.dulu,heboh jugakan sebentar,lama2 senyapdan sunyi sejuta bahasa,kemana pakcik paku,pakcik tukul masih blm terjawab.apa jadi?bkn mengungkit,tapi membangkit.banyak lagi perkara yg negatif di negara kita ni sebenarnya.bukan kita tak nampak,kita nampak cuma mungkin buat2 tak nampak.fenomena TSUMAWI contohnya,ada yg sampai histeria bila nampak mawi,bila dngr suara beliau,apa hukumnya tu?bukan anti mawi,itu rezeki dia.kalau tak salah saya,dulu ada keluar fatwa mengatakan undian sms realiti tv haram,tapi itulah,senyap saja.karnival sure heboh,keluar fatwa haram,jalan jugak.apa hal?mango tv,ada unsur2 perjudian,jln mcm biasa jaugak.ada jugak yg buat aduan mengatakan yg artis lelaki berambut panjang dulu dah kena gam,tak blh masuk tv,skrng dah boleh.yg memusykilkan saya,artis anita yg berpakaian seksi,nampak pusat,nampak peha,nampak lurah,dedah sana sini,tak kiralah india ke,cina ke,omputih ke,melayu apatah lagi kan...dulu,kini,dan mungkin selamanya takkan pernah kena gam dari masuk tv atau majalah,apa cerita?kes gadis seksi berselimutkan jalur gemilang,kemana menghilang?mcm2 saudara,mcm2...aduhai...bosan sebenarnya,opera penyesatan begini tdk wajar dilihat dari sudut black metal sahaja.kadang kala kita spt yg saya ckp tadi,nampak,buat2 tak nampak.tetapi dlm konteks muzik kalau kita lihatbanyak lagi perkara yg blm dibongkar.mengapa kita tidak melihat penyelewengan dari sudut lain?isu spt backmasking,sampling,dan sound library,pemilihan perkataan yg salah,klip video dan bermcm lagi sebenarnya.kita tak pernah sedar yg ozzy osbourne(vokalis black sabbath)tu pernah dilabel sbg bapak syaitan,yg marilyn manson dgn tabiat dan perangai bingainya yg lbh kuat sifat anti christnya.kita juga terlupa atau buat2 lupa dahulu pernah heboh isu backmasking(mendengar secara terbalik)utk lagu hotel california(eagles),stairway to heaven(led zeppelin) dan satu dua lagi lagu termasuklah lagu micheal jackson!lagu2 ini didakwa mengandungi unsur pemujaan dan kod bunyi rahsia tersembunyi jika kita dengar secara terbalik.ramai yg kurang sedar dgn sampling dan sound library unk lagu2 rock,pop,hip hop yg menggunakan ayat al quran dan suara azan.pendengaran kita kurang teliti dgn pemilihan perkataan dlm lirik sesetengah lagu.kita tidak sedar lagu bohemian rhapsody nyanyian kumpulan rock lagenda queen ada menyebut bismillah dan nama syaitan.kita kurang ambil tahu tentang penulisan ebeit g.ade dlm lagu berita kpd kawan dan ruth sahanaya,kaulah segalanya,ayat dan rangkap mana,dengar dan carilah sendiri...kesimpulannya di sini,bukan lirik lagu metal sahaja yg ada unsur negatif,lirik lagu lain juga blm tentu lagi semuanya positif.kita insan biasa,kadang kala terlupa ada juga fenomena lain yg terjebak sama secara tidak langsung...kalau benar tentang apa yg dikatakan;kepekaan kita tentang isu ritual sebegini. kita semu bertanggungjawab sebenarnya.baik yg bermuzik,mendengar,meminati atau sekadar memerhati,semuanya pumya tanggungjawab yg sama.mcm saya jugak,saya meminati muzik ini dan juga muzik2 lain,berdiam beerti bersekongkol sama mengharungi kebusukan,kehanyiran,kepanasan darah kambing,jadi inilah yg blh saya buat,bukan mempertikai cuma menyedarkan sahaja apa yg kadang kala kita kurang sedar,kita insan biasa,sama2 memesan pada satu sama lain,baru harmoni,betul tak saudara?kpd yg punya kuasa,gunakanlah kuasa anda,cari hingga ke umbinya.kpd yg menulis(juga kpd saya lah),tulislah dan teruskan,tetapi biarlah benar fakta dan kesahihannya.jika mengulas gig pastikan anda ke san melihat dgn mata sendiri dan jgn salah tulis ok! cara yg sebaik-baiknya,baik cari jln penyelesaiannya.drpd memalukan anak bangsa sendiri,drpd kita menuduh tanpa usul perisa nya...lbh baik dicari punca dan sebabnya.seakan menjadi kebanggaan,kita memukakan moral anak bangsa sendiri,kita canang kepincangannya,seakan gembira melihat betapa gawatnya "MELAYU raya",tempiasnya terkena semua.org lain menutup sesenyap mungkin kepincangan bangsa mereka,kita berlumba-lumba memenuhkan poket atau lbh tepat lagi,kantung kita sendiri dgn sensasi fantasia yg cuba di realitikan,zaman "realiti".bkn memperlekeh atau apa2 saudara,jgn salah faham ya.cuma jika benar,suakanlah kami wajah2 manusia songsang JIT ini.jika tidak...berhenti sahaja dari mencernakan pemikiran masyarakat kita dgn karut marut mencari untung sebegini.bosan sebenarnya,banyak lagi isu lain,seolah isu black metal ni spt utk menutup mata masyarakat kita dari memandang isu besar lain,mcm satu pengalihan perhatian.tak payahlah saya sebut isu apa,mungkin saudara tahukan,kebelakangan ni banyak sgt isu peli2 yg berbangkit,cuma nak tengok apa kesudahannya,sama sama kita tengok sapa yang kena...wajar jugalah berani utk menulis begini,lantaran beribu mata yg memerhati utk kebenaran yg kita cari....cari dan cari dan gali...dan cari lagi... kesimpulan utk semua diatas,semua pihak jgn melenting dlm menangani isu2 sebegini.permasalahan dan penyelesaiannya ada dlm diri kita sendiri,tepuk dada tanyalah selera.black metal hanyalah satu perlambangan,tidak lebih dari itu.kita tak perlu mengikut black metal utk sesat dan runtuh akidah sebenarnya,jika diperhati,dari kesucian sebuah agama juga tlh terbukti kewujudan ajaran sesat songsang,inikan pula satu aliran muzik yg bersifat amat duniawi.pesanan kpd rakan2 yg meminati muzik aliran ini(juga kpada saya),mrk di barat,muzik itulah agama mereka.tetapi kita di sini berbeza,semakin cuba menjadi mereka,semakin jauhlah kita dari diri sendiri.biarlah black metal itu hanya sbg satu entiti muzik semata-mata,jgn sampai dijadikan "agama' kerana ketaksuban yg membawa kpd kemusnahan dan kemusnahan... akhir kata,saya memohon maaf sekali lagi seandainya penulisan saya ini agak keterlaluan,kadang2 manusia ni kena letupkan bom tepi telinga dia baru nak sedar dari mengelamun tak tentu pasal,betul tak saudara?maaf beribu-ribu maaf kalau ada terkasar bahasa,tersilap kata.satu pesanan,yg dipetik dari PUJANGGA MELAYU karya MOHD AFFANDI HASSAN;buat rakan wartawan sekalian,jgnlah anda jadi lalat,anda tahu bkn apa yg dibuat lalat?hinggap atas najis,kotoran,diatas makanan,diatas bunga2 yang cantik,jadi jgnlah kita membangun bangsa dan masyarakat kita sperti lalat.jadilah mcm lebah,lebah hinggap atas bunga utk menyaring madu,menghasilkan madu...itulah yang sepatutnya menjadi tugas wartawan.jadilah wartawan lebah,jgn jadi wartawan lalat.insyaallah,kita jumpa lagi di lain waktu.jaga diri saudara baik2 ok!semoga dilindungi ALLAH selalu.ASSALAMMUALAIKUM....

Posted by: saidz saedon | 01/26/2006

well said saidz. i hope u dont mind reposting ur comments on my site.

Posted by: geekrawk | 01/26/2006

Is there a list of the bands that were banned by the National Fatwa Council,?
b'coz from the website www.encycmet.com had mentioned that Metallica is among the 228 metal band banned in the Black Metal Panic is it is true that Metallica has been banned it is a good example how clueless the Authorities are in this issue..very very clueless and it is also good to know that the police are questioning all those who were black t shirt walking on the street if they r involved in Black Metal..is it a crime listening to metal in malaysia..?
of all the things they need a scape goat n the black sheep or in this case goat is Black Metal...

Posted by: John | 02/01/2006

Trying to get the list - if anyone can help it'd be much appreciated!

Posted by: Sonia | 02/02/2006

Can you please find also what I need to do to get my band banned.

We definately deserve to be on the list if those pussies Metallica made it.

_________________
Eat the Panda.
Before They Eat You.

Posted by: Rakan Muda Syaitan | 02/02/2006

I am interested in knowing that list too. Every page I've read says something about the list but it seems nobody has seen it, or what?.

Posted by: Javier | 02/10/2006

assalamualaikum...

Peminat-peminat black metal dan pencinta muzik nampaknya mempertahankan muzik .....

Kalau nak dengar benda tu, dengar ajela sorang2 dan

jangan syirik,
jangan ajak orang lain,
jangan fanatik,
jangan membela sangat,

benda yang tuhan tak suka tu, jangan terlampau taksub untuk mempertahankannya...

Setiap perkara yang tidak disukai oleh Allah memang kesannya tidak baik.

Tindakan mempertahankan sesuatu yang tidak disukai Allah menyebabkan akidah tercalar.

Cintailah Allah dan rasul...

Jika anda seorang pendengar muzik, peminat death metal, trash metal, speed metal, black metal dll lagi, pastikan lagu kegemaran anda tidak mencaci tuhan, tidak memuja syaitan, tidak menyeru ke neraka dan tidak berlawanan dengan suruhan agama.

Memang ada beberapa lagu dari kumpulan tertentu menyeru manusia ke neraka seperti lagu : Hell Await , Kumpulan SLAYER.

Pastikan muzik yang anda dengar dan liriknya!!!!

Sesungguhnya syaitan amat bijak memainkan peranannya. Anda fikir betul tindakan anda kerana tipu daya syaitan yang amat licik.


wassalam

Posted by: hakeem | 02/15/2006