« Berita Harian - 4 August (letter) | HomePage | Harian Metro - 7 August 2006 »
08/07/2006
Berita Harian - 4 August (letter)
This is possibly more worrying than t'others... Link here.
Tangani segera jenayah di kalangan remaja
PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi menangani kes jenayah di kalangan remaja yang semakin meningkat.
Perkara ini amat membimbangkan dan perlu segera ditangani memandangkan daripada 165,000 kes jenayah yang dicatatkan tahun lalu, kira-kira 14,000 kes dilakukan remaja.
Remaja kita hari ini suka membazirkan masa dengan melepak atau merayau-rayau di kompleks beli-belah, masalah ponteng di kalangan pelajar sekolah juga semakin membimbangkan.
Hasil tinjauan CAP juga mendapati kebanyakan remaja hari ini tidak mengira bangsa berkeliaran tanpa tujuan malah, pusat hiburan yang dipenuhi dengan mesin permainan video dan pelbagai bentuk ‘judi berlesen’ menjadi tumpuan.
Selain itu, remaja juga turut terbabit dengan merokok, laku musnah, lumba haram, menunggang dan memandu tanpa lesen serta turut terbabit budaya ‘punk’ dan ‘black metal’.
Gejala sosial remaja kini bukan saja tertumpu di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Alor Setar dan Georgetown saja malah ia menular ke bandar kecil seperti Sungai Petani, Kulim, Taiping dan pekan di luar bandar juga.
Kejadian jenayah yang membabitkan remaja hari ini perlu diberi perhatian oleh pihak berkenaan.
Pada 2003, Britain melaksanakan Akta Kelakuan Antisosial yang memperuntukkan bukan saja ibu bapa yang boleh dihukum tetapi premis hiburan yang membenarkan remaja bawah umur memasuki premis mereka juga diambil tindakan.
Satu akta khusus membolehkan ibu bapa dihukum apabila anak mereka melakukan jenayah perlu dikaji dalam usaha membendung masalah jenayah di kalangan remaja kita hari ini.
Remaja kita sebenarnya bukanlah golongan yang tidak berpotensi tetapi, mereka adalah aset yang memerlukan bimbingan dan asuhan.
Membesarkan anak hingga dewasa memerlukan pelaburan masa, perhatian dan pemikiran yang besar dan setiap kanak-kanak berbeza di antara satu sama lain dan tidak ada formula yang serupa boleh digunakan untuk setiap kanak-kanak.
Ibu bapa perlu berfikir dan berbincang di antara satu sama lain, bagaimana sebaik-baiknya untuk melahirkan kekuatan setiap kanak-kanak dan mengawal kelemahannya.
Ia perkara sukar, mengambil masa dan memerlukan kesabaran, bergantung kepada hubungan yang berterusan di antara kanak-kanak itu dengan kedua ibu bapanya.
Remaja harus meneroka diri mencari ruang dan peluang sebagai golongan penting dan mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi. Keinginan untuk menjadi orang lain akan mengundang tekanan kepada minda dan jiwa remaja itu sendiri.
CAP menggesa pihak berkenaan yang bertanggungjawab terhadap hal sosial mencari jalan serta menyusun secara mantap program untuk remaja kita hari ini.
S M MOHAMED IDRIS,
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
13:41 Posted in Berita Harian | Permalink | Comments (1) | Email this
Comments
zaman yg penuh dengan perubahan dari segi kecanggihan ini bukan sahaja mendorong pelbagai masalah malah, remaja yang merupakan harapan dan tiang negara sering menjadi mangsa kepada tragedi ini. remaja ialah tunggak negara, seiring dengan wawasan negara yang akan tiba tidak lama lagi menyebabkan kegelisahan yang di hadapi oleh pemimpin negara yang mana mengharapkan remaja masa kini belajar untuk menjadi seorang yang berguna di masa hadapan..namun apa yang berlaku, remaja lah punca kepada segala masalah, penyebab dan...tidak dilupakan juga harapan kedua ibubapa yg mengharapkan anak mereka berjaya ke menara gading sentiasa mengharapkan yang terbaik dari anak mereka, oleh itu tidak hairan lah ada di antara anak remaja ini tertekan dengan situasi ini...
Posted by: illaMs | 08/22/2006

