« Harian Metro - 7 August 2006 | HomePage | Harian Metro - 22 August 2006 »

08/08/2006

Harian Metro - 7 August 2006

Link here.

Edisi KL : 12 pelajar kutu rayau ditahan
Oleh Zainal Zawawi Mohamed

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 12 pelajar lelaki dan perempuan berpakaian ala ‘Black Metal’ menjadikan perhentian bas di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Imbi di sini, sebagai ‘rumah tumpangan’ untuk tidur semalaman, pagi semalam.

Mereka menjadikan perhentian bas itu sebagai tempat tidur kerana tidak mempunyai wang untuk menyewa hotel apabila keletihan selepas merayau di sekitar kawasan berkenaan pada malam minggu.

Kelakuan kurang sopan pelajar itu mencemarkan imej ibu kota pada pandangan pelancong asing menyebabkan mereka diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Kamal Pasha Jamal, berkata polis menyerbu lokasi geng berpakaian ala Black Metal itu kira-kira jam 8 pagi sejurus menerima aduan orang awam.

Katanya, semua pelajar itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk menjalani ujian air kencing bagi mengesan pengambilan dadah.

“Mereka berusia 15 hingga 19 tahun itu tinggal di sekitar ibu kota. Tiga daripada mereka adalah gadis.

“Hasil ujian dijalankan, tiada sesiapa yang positif dadah. Mereka diberi kaunseling sebelum dibenarkan pulang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, semua pelajar terbabit dikatakan tidak gemar pulang ke rumah, sebaliknya lebih suka tidur di perhentian bas.

Justeru, katanya, ibu bapa perlu mengambil berat gaya hidup anak masing-masing kerana pada usia semuda itu, mereka mudah terjerumus ke kancah jenayah.

Sementara itu, Kamal Pasha berkata, dalam operasi bersepadu yang dijalankan di Jalan Changkat Thamby Dollah, di sini, semalam, pihaknya menahan 51 warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, termasuk menggunakan MyKad dan pasport palsu.

“Polis turut menahan beberapa warga asing kerana positif dalam ujian air kencing kerana mengambil dadah,” katanya.

Kira-kira 30 anggota polis terbabit dalam operasi bersepadu itu yang turut dibantu 60 anggota Rela, termasuk unit anjing pengesan.

14:18 Posted in Harian Metro | Permalink | Comments (1) | Email this

Comments

Beautiful post. ;)

Posted by: Outsourcing Web development Programmer | 04/29/2009

Post a comment