« Paul's version | HomePage | Harian Metro - 20 Oct 2006 »

08/24/2006

Harian Metro - 22 August 2006

Link here.

Do read to the very last line - it's a masterpiece of slanted reporting.

2 geng punk serang polis
Oleh Zainal Zawawi Mohamed
zzawawi@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Dua kumpulan Punk, masing-masing dari Johor dan Perak dikenali sebagai �Punk Setan� dan �Punk Semak� bertempur sesama sendiri sebelum menyerang polis yang cuba meleraikan pergaduhan mereka di Jalan Klang Lama, di sini, malam kelmarin.

Dengan bersenjatakan kayu dan pisau, kedua-dua kumpulan Punk �bangsat� terbabit nekad menyerang polis menyebabkan pihak berkuasa terpaksa melepaskan tembakan amaran ke udara bagi memastikan mereka tidak bertindak lebih agresif.

Dua kumpulan Punk itu bergaduh sesama mereka kerana berebut membuat pertunjukan di sebuah pusat hiburan dan anggota polis yang tiba hanya untuk meleraikan pergaduhan itu.

Sebaik anggota polis tiba, kumpulan berkenaan bergabung dan menyerang anggota polis sehingga memaksa anggota pasukan keselamatan itu melepaskan tembakan amaran ke udara untuk menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata selepas polis melepaskan tembakan amaran, semua anggota kumpulan Punk terbabit cuba melarikan diri.

Bagaimanapun, katanya, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, polis memberkas 24 anggota kumpulan terbabit manakala selebihnya berjaya meloloskan diri.

�Difahamkan motif kejadian disebabkan mereka tidak dapat mengambil bahagian dalam satu pertandingan muzik yang dianjurkan sebuah studio yang pernah digunakan kumpulan Black Metal mengadakan �gig� dan berjaya diberkas polis awal tahun ini.

�Kumpulan �Punk Setan� berasal dari Johor manakala �Punk Semak� dari Perak bergaduh dipercayai kerana berebut melakukan pertunjukan,� katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Menurutnya, polis juga mengesan beberapa lagi anggota Punk yang bertindak di luar batasan termasuk menyerang anggota polis.

Mohd Dzuraidi, berkata semua mereka yang ditahan itu berumur 18 hingga 24 tahun direman lima hari sehingga Khamis ini.

�Ujian air kencing juga mendapati semua tahanan terbabit negatif dadah,� katanya.

15:37 Posted in Harian Metro | Permalink | Comments (18) | Email this

Comments

die zawawi die. slowly. very slowly.

Posted by: geekrawk | 08/24/2006

didnt ASP Dzuraidi already say it wasnt a black metal raid? Harian Metro 5 Jan 2006
Edisi KL: Serbuan bukan kerana Black Metal
Oleh Mohd Izawan Baharin


“Kami bukan serbu kedai itu kerana mereka berhibur dengan muzik Black Metal tetapi penganjur hiburan terbabit tidak mendapat permit yang sah."

FUCKERS

Posted by: geekrawk | 08/24/2006

(Edited to fit guidelines: See 'About this blog')

NOTE: i've been trying to post my comments here below to Harian Metro but the link to the article which you provided is broken/taken out already. I don't see a point to post my comments below to JUST the f***in' maggot Zawawi as he can conviniently delete it. It'll be pointless for me after. IF ANYONE here is willing to help send my message out to those F***S before MERDEKA - you have much of my appreciation. THANK YOU & ROCK ON! - A VERY dissapointed Malaysian.

Before taking any information from anyone, shouldn't it be BEST to have your JOURNALISTS/WRITERS at The Scene? I'm sure you have a crime desk @ Harian Metro don't you?

Stop being lazy & BE THERE & SEE FOR YOURSELF on how these gigs WORKS & how it ACTUALLY HELPS the youths here in MALAYSIA to grow than just taking reports from whoever and boldly print it out to the public. Leave these kids alone! They are not doing any harm to ANYBODY. Are you people really really proud to show FALSE INFORMATION? - NATIONWIDE? You must be mad. WHY do you want to invoke FEAR to MALAYSIANS? Do you thrive on false information(s)? Or do you enjoy in contributing fear on to the people? Do you feel good that people are now living in fear? Or are you doing this just to get ratings for your paper? MAYBE TO YOU, this is nothing to rant about but you do you realize that your information has implanted 'fear' on to the average households - keeping their children indoors and not knowing what's really out there for them?

You are not helping Malaysians nor the country in any way to advance forward - be it musically, culturally OR COMMON SENSE. If you keep on doing what you are doing (not only on this issue, but much more), Harian Metro will one day cause the downfall of many things to the country. Hope you'll feel proud then.

Merdeka is just a couple of days away and i don't think i need to remind you of the theme for this year - thank you for reminding us Malaysians that it isn't really like that now.

I also know for a fact, you'll probably just hit the 'delete' button cause i know i'm not the first to have my say here, but before you hit the 'delete' button, let me remind you of this saying "What Goes Around, Comes Around". A simple cliche line - but true nonetheless. You are suppose to be the medium/voice FOR THE PEOPLE; do not mis-lead the PEOPLE as it is YOUR RESPONSIBILITY to do THE RIGHT THING and to give THE RIGHT INFORMATION. The paper is not your 'personal space for letting your personal emotions flow' nor is it a space 'to screw up'. - it's a space for THE PEOPLE. Don't you have any journalist ethics left?

THE PEOPLE are taking YOUR WORD for it - would you ENJOY it if I were to inform you, your MOM/DAD/Sibling is laying at the hospital right now and they are minutes away from dying? Then, Oppss.. i'm sorry. i got the wrong information. I hope Harian Metro realises the damages that has ALREADY been done. It's still not too late to make-up for it and make things right - if you still have a conscience

Signed,
A VERY Dissapointed Malaysian.

Posted by: A VERY Dissapointed Malaysian | 08/29/2006

It's a shame. Young people being targeted and persecuted because what they wear or how they look or the music they listen to are not "acceptable" to the government and local popular culture. Sometimes Malaysia seems too much like a police-state to me. Everyone at the top trying to dictate what we should or should not do/wear/think. Misinformation is a weapon of mass destruction.

Posted by: jadeD | 10/07/2006

khlgn nilai murni dlm diri pemuda skrg mgkn krnkurangnya didikan agama...knp ini harus t'jdi sdgkn para omimpin inginkn 1 ngra yg mju....tiada kh ksdrn di hati mrka tntg adanya hri kbangkitan?kita seharusnya sma2 memntau remaja agar tdk trs hanyut dlm dunia kegelapan...sblm musibah yg besar mlnda m'sia....

Posted by: MALAY GIRLZ | 10/14/2006

per sumer nih... jgan jd bangsat yg boleh merosakkan nilai murni ketimuran kiter sndri..... xder pekdah per yg korng buat slamer nih..... tgok la... bagaimaner korang dihiner , dcaci oleh sumer masyarakat.... korang rase hebat didunia... but di akhirat kelak... saper yg lebih berkuasa....?
Aku dulu pnah terjebak dgan sumer nih.. tp... aku raser... xder makner per sumer yg tlah aku wat.... xSALAH ntuk berhibur... tp... jgn sampai melakukan perkare yg boleh merosakan akidah...
tutup lah sumer knowlege yg korg pelajari.... bkan boleh dapat duit pun...kalo mnder tu bleh wat sjil korg mntak kj.... truskan.... !!!!!!


old timer punkers!

Posted by: scatH_maLAya | 11/02/2006

Nampaknya ramai yg tak sedar isu sebenar disini.Bukan nilai ketimuran,keselatanan atau kebarat daya timur lautan.
Ia adalah isu etika kewartawanan.
Biarpun muzik keras (read:Metal,Punk etc) datang dr Barat, tp apa yg Harian Metro buat tak boleh diterima baik Timur mahupun Barat.
Mereka telah memaparkan sesuatu yg tidak ada bukti kukuh,cthnya insiden yg dilaporkan disini amat berbeza dari yg dirakamkan.
Kehilangan etika tu lagi serius dr hilang nilai2 'ketimuran'.Agama Islam bnyk menekankan etika dan tanggungjawab,bukan nilai2 ketimuran atau kebaratan.Sbb itu ia dianggap sbg agama utk seluruh umat.Biarpun org itu dr Oblast mahupun Kalimantan,agama Islam mmg sesuai diamalkan merentasi masa,geografi dan budaya.
Biarlah bermain muzik keras asalkan tak syirik (mcm kuda kepang versi puja2 cthnya),menutup aurat,tak cross dressing (mcm Makyung) dan lain2.Oh ya,juga jangan sampai kena rasuk mcm dlm Barongan dan kuda kepang.

Posted by: Adzakael | 11/14/2006

From Sonia: This comment has been removed because it amounts to hate speech - something we've said we don't allow (read the Code of Conduct!). If you want to have a hate speech site - go ahead, try wordpress for a free blog site. But we aren't hosting it here.

Posted by: eg | 12/09/2006

Aku tak berpihak pada mana2..polis bastard or Punk or Skinhead tapi bila benda yang againts Islam,mmg sah benda itu salah.so,Malay plz think about it..obsesi pun tak guna..kalau nak amalkan ideologi,tolong kena pada pokok pangkal samada kau itu melayu tulin atau orang putih.cheers!

Posted by: ClockWorkOrange | 01/19/2007

apekejadah nye sume kump punk,skin or wut eve....kalo dah rasa best sgt korg punyer band,buat ar album.kan ada pekdah nye!!!x payah ar men pil,dadah.wat gig pun kena la tgk masa.ini org islam sambut hari kebesaran pun korg tibai nyanyi lagu ganaz2..aper barang????????

Posted by: lemon | 01/22/2007

punk or skin.....!ape kata korg wat lagu yg ganaz but lirik nya kearah kebaikan.kan bagus dari korg jerit2 nama setan.tapi aku minat giler kat kump.acab.lagu sume bgus2.wlaupun de carut2 sikit.tiru ar dorg...dah ar dapat duit,tekenal plak 2...pikirkan la.......

Posted by: mr.idea | 01/22/2007

ermmm...ade pulak punk setan n punk semak ye...
hahaha...kelakar la...!!1st time aku dgr!!korang memang hebat la,..kalau boleh xyah la nak gaduh2 tunjuk kat org yang korang 2 best!! unite la sikit...syirik la korang..!! jgn tunjukkan yang sume punxers d malaysia ni sampah k...!! kite same2 mempunyai idealogy yg tersendiri!! ape2 pun.....i hate police n my own goverment.....they all sucks..

Posted by: ralph666 | 02/04/2007

Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa,
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi, runtuhlah bangsa...

Mengapa manusia etos ini semakin jahil???Daripada bergaduh hanya kerana rebutkan show, lebih baik bertumbuk dengan orang-orang Yahudi yang saban hari menindas saudara-saudara kita di Palestin sana. Bukan itu lebih baik?JIHAD!! ALLAHHUAKBAR!!!!!

Posted by: fahlina | 03/14/2007

astaghfirullahhalazim...apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang ni dah tak hiraukan agama, Al-Quran yang sepatutnya dibaca dan disanjung dijadikan satu alat permainan...langsung tak nak fikirkan masa depan...sungguh memalukan nusa bangsa, agama dan negara. kalau macam ni apa akan jadi pada kepimpinan negara akan datang kalau dah anak bangsa pun jadi tak tentu arah...huru-haru...kacau-bilau...harap anak bangsa fikirkan perkara ini...

Posted by: thoy@ibah | 07/18/2007

no comment

Posted by: redzuan bin ishak | 02/26/2008

subhanallah...insaf lah wahai sklian saudaraku.kembalilah pd allah,kembali kejln allah dn jln yg benar.insyallah...

Posted by: along | 02/06/2009

ni bukan cite black metal...pelik aku...dari td aku cari...black metal yg kuar...kelakar aku tngok...pe la korg ni...dari korg bercite mgarut2..baik korg pkr anak bini korg...jgn la salah sangka terhadap pe yg blaku...nnt korg akan tahu malaysia akan jd mcm idonesia...sosial akan berlaku...malaysia jd mcm tu nnt...org melayu pijak org melayu...org cina korg bangga kn...org JKR kulit hitam da amik da..dorg da amik duit2 bnyak...baik korg pkr kn MALAYSIA yg korg bangga kn. tp kcundang org lain...tak yah dok pkr pape..aku pun tak nak jd mcm tu...PIKIR SEDALAM2NYA!

Posted by: satu_tujuan | 02/21/2009

sebenarnya punk ni budak2 yang x cukup umur matang lagi, senang cite macam baby,, macam2 kerenah dia wat,suka nak main2 je,,,tgu je lah bila diaorg dah matang n dah ada tanggungjawap nanti....baru tau dia...x pe biar lah dia enjoy puas2 n mati dalam punk 2...baru tau leh punk and died kt neraka nanti.

Posted by: tanpanama | 07/14/2009

Post a comment