« Harian Metro - 20 Oct 2006 | HomePage | Utusan - 15 Nov »

10/25/2006

Harian Metro - 20 Oct 2006

Link here.

Pos CD Black Metal
Oleh Mohd Fazil Ahmad
am@hmetro.com.my

ALOR STAR: Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) Kedah/Perlis merampas pelbagai cakera padat (CD) Black Metal di dua pejabat pos sepanjang Ogos dan September lalu.

Rampasan dibuat di Pejabat Pos Alor Star dan Sungai Petani selepas pemeriksaan harian dilakukan pegawai KKDN manakala pemeriksaan di Kangar, tidak menemui bahan berkenaan.

Difahamkan, CD berkenaan yang memuatkan lagu ‘Black Metal’ itu dipercayai dihantar pengikut kumpulan itu yang masih aktif di sekitar bandar raya ini dan Alor Star.

Pengarah KKDN Kedah/Perlis, Heizrul Ali, berkata semua CD yang dirampas itu mengandungi pelbagai tajuk lagu berunsur ‘Black Metal’ yang dipercayai sering didengar golongan berkenaan.

Menurutnya, sebanyak 10 keping CD dirampas sepanjang Ogos hingga bulan ini.

“Kakitangan bertugas merampas CD terbabit selepas berjaya mengesannya di pusat mel apabila isi kotak dipunggah sebelum proses pengedaran dilakukan di lokasi berkenaan,” katanya.

Katanya, CD terlarang itu dipercayai dibawa masuk dari negara luar seperti Belgium yang dipesan melalui internet oleh orang perseorangan menggunakan nama samaran bagi mengelak dikesan.

“Ia turut dijumpai bersama majalah yang diimport yang ditempatkan sementara di pusat mel pejabat pos masing-masing sebelum dipunggah dan proses pengedaran dilakukan,” katanya, semalam.

Antara tajuk CD berkenaan termasuk Abnegation, Unsolemn, Metal Fury, Black Hole, Band serta Everscatedd yang mendapat sambutan daripada ahli kumpulan berkenaan.

Beliau berkata, individu terbabit menggunakan kaedah itu kerana ia lebih berkesan dan selamat selain proses pembayaran menjadi mudah.

“Kita menyiasat kes ini mengikut Seksyen 7, Akta Mesin Cetak 1984 (Pindaan 1987) berkaitan dengan kemoralan dan ketenteraman awam.

“Ketika datang mengambil bahan itu, kita menjelaskan kepada mereka kesalahan dilakukan sebelum meminta mereka menghantar semula CD itu kepada pengirimnya,” katanya.

Pada masa sama, pihaknya turut merampas pelbagai majalah yang dilarang diedarkan di negara ini.

Antara tajuk majalah itu ialah Zoo, Flash, Adult Sports dari United Kingdom; Revolver dan Black Metal dari Amerika Syarikat serta Choc dari Jerman.

“Semua majalah itu dirampas kerana melanggar norma ketimuran dan pendedahan terhadap budaya barat yang melampau,” katanya.

10:08 Posted in Harian Metro | Permalink | Comments (1) | Email this

Comments

el black es la fuerza mayor los invito a revisar mi blog........http://innercicle.blogspot.com/

Posted by: enanovikingo | 12/22/2006

Post a comment