« Utusan - 15 Nov | HomePage | Utusan - 8 December 2006 »
12/04/2006
Utusan - 15 Nov
There were actually lots in this, all drawing links between Black Metal as social ill and drug addiction, Mat Rempit-ism and the rest... This is just a sample.
Link here.
Wanita PP mahu filem, iklan bertentangan dengan akidah dilarang
KUALA LUMPUR 14 Nov. -- Wanita UMNO Pulau Pinang mahu pihak berkuasa melarang penayangan filem, drama dan iklan yang mengandungi adegan bertentangan dengan akidah dan kehendak Islam di media-media cetak atau elektronik.
Wakil Wanita UMNO Pulau Pinang, Siti Faridah Arshad berkata, dalam keadaan institusi keluarga Islam kian rapuh dengan kes penceraian dilaporkan meningkat, rancangan seperti itu hanya akan memburukkan lagi keadaan.
``Semakin hari semakin banyak kes gejala sosial yang kita dengar seperti mat rempit, black metal, bohsia, bohjan, minum arak, berjudi, berzina, ketagih dadah dan lain-lain lagi,'' katanya ketika berucap membahaskan usul agama dan sosial pada Persidangan Agung Pergerakan Wanita UMNO di PWTC, hari ini.
Siti Faridah berkata, selain larangan tersebut, Wanita UMNO Pulau Pinang juga mengetengahkan tujuh lagi cadangan bagi menambah baik atau meningkatkan usaha-usaha mengatasi permasalahan yang berlaku.
``Ia termasuk memperkasa atau meningkatkan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai satu badan yang menjaga hal ehwal agama Islam,’’ ujarnya.
Katanya, pegawai-pegawai jabatan agama juga perlu dipilih dalam kalangan orang pro aktif dan yang sanggup turun dan melihat apa yang berlaku serta kaunselor dari kalangan orang yang berkemahiran dalam bidang kaunseling.
Menurutnya, Wanita UMNO Pulau Pinang turut mencadangkan supaya diwujudkan badan perundingan penceraian di samping perbicaraan tuntutan di mahkamah syariah mesti diselesaikan dalam kadar segera.
``Selain itu, setiap negeri perlu mewujudkan pusat-pusat perlindungan am kepada remaja-remaja Islam yang terlanjur selain meningkatkan kualiti guru, pensyarah atau tenaga-tenaga pengajar di semua institusi pendidikan agar berjiwa besar,’’ ujarnya.
09:35 Posted in Utusan Malaysia | Permalink | Comments (0) | Email this

