« Berita Harian - 24 Dec 2006 | HomePage

12/25/2006

Utusan - 8 December 2006

Link here.

Okay, this is a letter, not an article, but think the links made between Black Metal, pop music and HIV are... enlightening.

Bilangan Melayu hidap HIV membimbangkan

LAPORAN terkini menunjukkan orang Melayu merupakan golongan penghidap HIV yang tertinggi di Malaysia. Hal ini amat jelas apabila statistik pada enam bulan pertama pada tahun ini menunjukkan bahawa orang Melayu merupakan penyumbang tertinggi kepada angka statistik iaitu hampir 73 peratus daripada kes yang telah dilaporkan.

Di Malaysia, lebih 70,000 rakyat kita menghidap penyakit HIV. Kadar pesakit yang menghidap penyakit ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. HIV merupakan satu penyakit yang sehingga sekarang para penyelidik masih gagal menemui penawar bagi merawat penyakit ini. Penghidap HIV pasti akan menghadapi maut kerana badan mereka gagal menghasilkan imuniti dalam sistem ketahanan badan.

Angka yang begitu besar ini memberi satu tamparan besar kepada orang Melayu. Senario ini benar-benar menakutkan. Ini kerana rata-rata yang menghidap penyakit ini terdiri daripada kalangan belia Melayu yang berusia sekitar 20 hingga 40 tahun. Sepatutnya usia sebegini seharusnya dimanfaatkan untuk pembangunan agama, bangsa dan negara. Namun belia Melayu ini telah menjadi golongan yang tidak aktif dan menjadi beban kepada negara dan masyarakat.

Menurut pandangan Prof Dr. Siddek Baba dalam menghuraikan makna hedonistik, beliau berpendapat bahawa budaya hedonistik ialah suatu fahaman, amalan atau sikap hidup yang didasarkan oleh nafsu.

Oleh kerana ada sikap sesetengah belia Melayu yang pentingkan keseronokan tanpa mengira batas dan sempadan agama, maka terjadilah kesan-kesan yang menjurus kepada perbuatan yang salah.

Kita tidak dapat menolak bahawa belia Melayu hari ini sudah terdedah dengan corak hiburan terutamanya dari Barat seperti muzik, filem dan Internet. Secara tidak langsung ia akan merangsang belia mengikut apa yang dilihat dan mencuba sesuatu perkara yang negatif seperti menghisap rokok, bergaul bebas dan menghisap dadah. Di samping itu juga belia Melayu akan meniru gaya hidup Barat yang suka bersonok tanpa kawalan dan akhirnya mereka terjerumus ke kancah HIV.

Di samping itu juga, antara punca belia Melayu terjebak dalam perkara negatif kerana mereka gagal mengawal diri sendiri. Hakikatnya, kegagalan belia Melayu mengawal diri sendiri kerana terikut dengan hawa nafsu. Nafsu yang tidak dicaturkan dengan baik, dan mengenepikan relevan akal akan menjerumuskan belia ke arah sifat haiwan.

Agama Islam tidak menghalang penganutnya berseronok, malah perasaan seronok dan berhibur merupakan satu fitrah dalam kehidupan manusia. Namun perasaan ini perlulah dipacu dengan cermat dan betul. Kegagalan mengawal perasaan ingin berseronok boleh membawa padah kepada diri belia Melayu.

Apabila diri sudah rosak, ia bukan sahaja membawa kesan negatif kepada diri sendiri, malah ia akan menyusahkan keluarga, masyarakat dan negara.

Meningkat

Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam menangani permasalahan HIV khususnya di kalangan orang Melayu daripada terus meningkat, namun usaha ini masih tidak menunjukkan kesan pengurangan.

Hal ini terjadi kerana masalah ini tidak dilihat secara tuntas dan usaha yang dijalankan masih belum cukup.

Kita yakin dan percaya bahawa sistem pendidikan negara kita sudah cukup baik dalam mendidik insan yang berkualiti. Silibus mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral juga telah diajar kepada mereka sewaktu di bangku sekolah. Tetapi kurangnya penghayatan dalam agama menyebabkan apa yang mereka pelajari tidak dapat disematkan dalam diri.

Dalam hal ini, institusi kekeluargaan juga perlulah memainkan peranan yang lebih proaktif dalam mendidik belia Melayu hari ini. Pendidikan yang baik perlulah dimulakan dari awal supaya belia Melayu mudah dibentuk.

Ibu bapa seharusnya memberi contoh teladan yang baik kepada anak. Nilai teladan yang baik daripada keluarga akan mempengaruhi akhlak anak. Amatlah malang sekiranya seorang ayah melarang anaknya menghisap rokok tetapi pada masa yang sama, si ayah menghisap rokok di hadapan anak mereka.

Di samping itu juga, pergaulan remaja hari ini harus dipantau untuk mengelakkan mereka berkawan dengan rakan yang tidak baik. Kita amat bimbang kerana pada zaman ini telah wujud kumpulan yang tidak sihat seperti kumpulan mat rempit, Gothic, Black Metal dan lain-lain.

Kumpulan tidak sihat inilah yang kini telah menjadi ikutan belia Melayu hari ini.

Justeru, dalam menangani isu HIV di kalangan belia Melayu ini, memerlukan langkah serius daripada semua pihak. Belia haruslah berfikiran lebih waras dalam membuat sesuatu tindakan dan ibu juga harus menerapkan didikan serta contoh teladan yang baik untuk dijadikan ikutan serta panduan.

– MOHD REZWAN ALIAS,

Exco Pendidikan dan Penyelidikan (EPIK),

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

09:07 Posted in Utusan Malaysia | Permalink | Comments (2) | Email this

Comments

adakah nak disalahkan muzik black metal sedangkan muzik2 lain turut menjurus terhadap gejala sosial..contohnya muzik hiphop dengan aktivit clubingnya..saya nak pandangan mengenainya..

Posted by: jareq | 07/31/2007

I think it's that Black Metal isn't easy to commercialise, whereas hip hop has already been commercialised. Rafil from 360dhr n Panda Head Curry has quite a bit to say on this...

Posted by: Sonia | 07/31/2007

Post a comment